Monday 26 December 2011

RESEPI 29- Nilai Tinggalkan Kenangan yang Bernilai

Assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir aku menjadi pelajar CFS. (mohon tiada sebarang perkataan Repeat atau Reseat). Jadi sempena hari terakhir aku di sini dan juga kali terakhir menggunakan iium-community di Nilai, marilah aku nak cerita sikit summary aku di Nilai ni dari setahun setengah yang lalu (saya tak pandai, tu sebab setahun setengah, jangan kutuk!).

Bermula dari taaruf week! Oh mai. DAMN. Aku tak sangka aku dapat UIA, Dalam kepala aku, OH MAI. ARAB! Tapi ok lah dari tak dapat mana mana. Actually, aku dapat IPG, tapi aku tak berminat sangat nak jadi cikgu, so tak boleh nak paksa kan. Mari tengok gambar taaruf yang dah lama aku simpan.

tengok tu: kami suka tudung taaruf.=_=
Ahh. selepas aku rasa maca harem time taaruf kat PJ. Seminggu di PJ merupakan minggu air mata bagi aku. Serius, aku tak tipu. Blah blah blah. Pindah NILAI. Start dari ni lah aku rasa macam ok sikit. Ada "life" sikit.
So, selamat datang ke NILAI.

Abaikan muka bangga. tumpu perhatian dekat signboard
Sem 1 (2010/2011) pon start ahh. Bagi aku,sem ni adalah sem yang paling free sekali. 3 Subjek je pon aku ambik. Dormates aku masa ni pon banyak budak IRK dan BAR. Tapi dorang ni OK lah jugak. Boleh di bawa merapu meraban. Ni antara cantuman gambar aktiviti sem 1 aku.

Study room, Arab Level 1, Syida makan pau, kasut aku dengan syaza, Birthday Nad, Melencong Penang, Expressive Corner, Committee Lead Train, Say bye bye to Tia, Menang Rm150, Buka Puasa, Classmates

Ok, itu Sem 1. Sebenarnya banyak lagi yang aku buat masa Sem 1. Tapi itu adalan ringkasan lah. 

Ni Sem 2. Aku rasa masa Sem 2 aku aktif jugak. Masuk SMAC, jadi committee SMAC, blah blah blah. Tapi subjek yang aku ambik pon berat jugak masa sem 2. Sebab masa sem 2, sem aku mula ambik core course. Agak berat, tapi Alhamdulillah, lebih baik dari Sem1.


pakat pakai baju plain, Reunion BTN, Steamboat sedap, Sesi fotografi, Hisbah Meeting, Lorong antara Murni n UIA, Keluar dengan Myra and Ahmad, Jamuan say good bye E31, BTN Sepang.
*argh,aku tak ingat mana aku letak gambar SMAC dengan masa INTEAM buat persembahan =_=

Sem 3~ Short Sem. Masa ni takda banyak sangat gambar. Aku pon tak ingat aku banyak buat apa masa sem ni. Adakah aku banyak main dan zzzz? Oh, aku ingta, masa sem ni aku ambik MUET. Tu sebab takda masa nak ambik gambar? hahaha. Kalau ada pon ni dua ja. HAHAHA

pegi Mines. Aku rasa syaza takut naik sampan tu kot. hahaha

perghh. Ahmad dgn Sit. P pameran buku okeh. 


Sem 1 (2011/2012)
Bukan final sem aku. Tapi adalah final sem bagi kebanyakan kawan kawan aku.Terasa down sekejap sebab aku terlewat satu sem dari dorang. Takpa. Harap dapat masuk Gombak sama sama nanti. Oh, sem 1 ni pon memang berat sangat subjek yang aku ambik. Drama, Oral Communication, Intro HS, CCT, BMW and Grammar. Apa yang paling berat sekali bagi aku ialah BMW. Fuuuuuuuu. BMW tu bukan kereta. Tapi Basic Research Method and Report Writing. Kalau siapa nak tahu lecturer mana yang ajar aku, sila DM aku dekat FB atau twitter. HAHAHA

Classmates, Library Nilai sambil syok sendiri, Makan free dekat Dataran Nilai, MCD wajib, Library Gombak: Cari buku Research, Shopping dgn duit elaun. =_=


Sem 2 (2011/2012) 
Dijangka sem akhir aku. Masa aku dapat berita sedih tu, aku rasa dah tak boleh nak go on dengan sem ni. Tapi nasib baik aku ada ramai kawan and family yang support aku. Sem ni pon aku enjoy jugak. Menang hadiah pon ada. Dapat rm 150 sebab video aku dengan wani menang. Kongsi lah rm 75 sorang. Thanks to salma yang banyak membantu. Dan sebab video tu lah semua classmates aku kena pegi Gombak attend majlis yang suam suam kuku. Kesian =_=". Sem last ni jugak aku dapat kenal ramai kawan baru. Mungkin dulu aku kenal dorang tapi takla rapat. Jadi, aku rasa, untuk jadi penutup aku di CFS, aku rasa sem ni classmates aku paling best. Aku tak la kata sem dulu dulu classmates tak best, cuma sem ni dia macam ada rasa bond family skit. ;')

 Tutti frutti, Ikea,Jom Heboh, Melancong Dataran Nilai, Classmates Computer, Terserempak Brother Firdaus, Buku Comp, Gombak, Gombak, Jiha datang Nilai, P karaoke sebab frust tak dapat tengok final solehah, Baldu Biru, Makan kat Kopitiam Tesco. *arfghhhh, aku lupa nak mintak gambar last aku kat Nilai kat Salma. Takapa, nanti dia habis exam aku boleh mintak. harharhar


In a nutshell, Nilai memang tinggalkan kenangan yang banyak dekat aku. Memang kadang kadang akan ada perasaan benci atau tak suka dengan tempat kita belajar, tapi semua tu boleh dihakis dengan kita tanamkan sifat ikhlas dan redha dalam diri kita. Walaupon aku memang sayangkan Nilai, tapi tak bermakna aku nak hidup dekat Nilai selama lamanya. Aku harap, ni adalah sem terakhir aku sebagai pelajar CFS. Untuk pengetahuan semua jugak, UIA Nilai ni pon dah nak tutup dah. Kami ni merupakan generasi terakhir CFS IIUM Nilai. Lepas ni, rela ke tidak. Semua asasi akan di buat di PJ. Untuk budak Econs, dorang akan pindah ke Gombak terus which is memang sangat menguntungkan!

Credit to: arahmyad jauhar




9 comments:

  1. kam loi...my zone ...ko dpt IPG???my dream to nak jadik cikguuuuuuuu.....now i miss nilai bery much gegilerrrr

    ReplyDelete
  2. yaa. kam loi kedai kegemaran kau.hahaha. aku dapat TESL. tapi aku tak ada bakat jadi cikgu. aku tahu tu. tu lah... bila ada kat Nilai nak balik rumah sangat, tapi bila ada kat rumah rindu Nilai kan. wuwuwuwwu

    ReplyDelete
  3. aku dapt sampai intebiu je..T____T
    huish..kam loi x besh la..myzone best jer ak tgk..ho3..letak la buttton reply..ko pi kat tuto nie..

    http://www.lyssasecret.com/2011/03/tutorial-reply-to-comment.html

    ReplyDelete
  4. rindunya Nilai T____T macamana lah nak survive dekat PJ nanti :O

    ReplyDelete
  5. kan..mesti jadik kambeng hitam kat UIA Pj nntie..*peribahasa tue

    ReplyDelete
  6. @majirashid: aku malas la nak buat semua benda tu. tu sbb blog aku putih jaa.haha

    @myra: nilai jugak yg the best kan.

    ReplyDelete
  7. @Mentol philip ei..pemalasnye..he2

    ReplyDelete
  8. @majirashid: bior laaa. hahaha. aku rajin buat benda lain ja.hhaha

    ReplyDelete
  9. fizaaah :P hihi. seronok la jugak, godek2 blog fizah tiba2 tgk ada muka mencapub disitu. rindu aiiiih :D

    ReplyDelete