Thursday 21 April 2011

RESEPI 4~entry masalah [sila sediakan makanan yg banyak masa baca post ni]

Assalamualaikum.

Pertama sekali nak cakap la pasal presentation yg berjalan lancar siang tadi. Terima kasih la kepada team mate aku : emma,syida,izni and diba. Ok. kita masuk ke main topik.

      Aku sebenarnya ada satu masalah yg sangat besar sekarang ni. Aku rasa bukan pasal study dan juga bukan pasal hubungan.Jauh sekali la pasal percintaan kannn. uweekk!~ 
Tapi masalah besarnya sekarang ialah berkaitan  dengan MATA DAN PERUT. OK,sekarang dah pukul 4.00 pagi tapi aku tetap tak boleh tido. Apa masalah nya ni?? Aku akan mengantuk 3 waktu ni je: waktu maghrib, waktu makan nasi lemak twenz(pelajar uia nilai mesti tahu) dan of course la time study kan. BENCI nya aku, mengantuk time study!!! Dah la tak boleh tido malam malam,siang mengantuk........... ZZZZZzzzzzZZZZ. Adakah aku perlu ke klinik utk dapatkan ubat ubatan?? Nasib baik la kelas aku sem ni tak banyak sgt, boleh la seimbangkan waktu tidur.*padahal waktu tidur yg lebih. *___*

     Masalah kedua: perut. Perut aku ni kan,asyik lah lapar, dah makan banyak pon lapar. Nak kata aku ni tak baca bismillah time nak makan,dah baca dah,siap baca doa makan lagi. HAISH. Dah la dalam sehari tu wajib makan nasi. kalau tak makan nasi memang masuk angin la perut aku. Bila dah masuk angin mmg tak jadi kerja lain la. asyik duk atas tilam manjakan diri la.. Alahhh, apa nak jadi pon aku tak taw. 

     Tadi masa pukul 2.00 am,aku dah bersedia untuk tidur dan dah pon terlelap. Tiba tiba raihan kasim dan faizah kecoh kecoh sebut nama pqah. aku pon dengan bergegas pegi la tengok apa yg terjadi. then, aku dah dapat tahu dan sebenarnya aku dah dapat hidu.*Tak payahla cerita kat sini apa aku tahu, dan apa yg kami kecohkan*. Tapi pendek cerita, kami harap pqah bahagia lah yeawww. awww. Aku bila lagi??  -,-
Lepas kejadian tu, aku terus tak dapat tidur dan sarah zahra bising bising dan mengganggu kehidupan aku serta faizah dgn gosip gosip liar yg dilemparkan. HURR. nak nyatakan kat sini, walaupun korang suka menyakat aku, aku SAYANG ah kat korang. aww aww. Ok,tu je nak tulis. BYE.


sila klik untuk memilih calon isteri





harap boleh tido dan lapar hilang lepas ni.

3 comments:

  1. Masalah pertama tu da jd masalah yg amat sinonim bg geng2 kita sem ni..amat menghairankan lg pelik.jd burung hantu da tiap ari.mlm berjaga,siang tido..hoho

    p/s:kami suke menyakat IJAH sebab kami SAYANG :D

    ReplyDelete
  2. ye la.asyik la tak boleh tido. siang tido malam jaga. pelik lahhh. Z_Z

    saya tahu korang SAYANG sy. :D

    ReplyDelete
  3. ahaha... x abis2..katil ko tu yg berantu.. p berubt la.soh mk limah tolong=P

    asal ngn pqah weh? ce cite kat ak

    ReplyDelete