Alhamdulillah, semalam result final exam CFSIIUM SEM 2 2011/2012 telah pun di umumkan. Syukur ke hadrat Illahi kerana Dia telah memakbulkan permintaan kami. Bersyukur kerana tiada perkataan repeat atau resit dalam result slip aku. Dengan ini, secara rasminya aku telah pun bersara dari CFS dan akan memulakan kembali perlumbaan dengan CGPA kira kira kurang satu bulan sahaja lagi.
Pengakhiran di CFS ini hanyalah satu permualaan untuk aku dan kawan kawan aku meneruskan perjuangan di main campus. Selepas ini, banyak benda yang lebih mencabar yang perlu di lakukan. Maklumlah, meruskan peringkat Ijazah tidak semudah di CFS. Usaha juga perlu lah lebih. Hiburan juga perlu dikurangkan.
Tidak apa, itu adalah harga pengorbanan untuk mendapat segulung ijazah. I guess so. ..........
Jadi,Insyaallah aku akan daftar ke Gombak pada 31 January 2012. Dapat bertemu kembali dengan rakan rakan yang aku rindui. Sudah pasti dengan environment yang berbeza. Bergaul dengan mereka yang lebih power. Aku harap aku baik sahaja di sana.
p/s: Kejayaan kadang kala menjadi ujian juga kepada kita. Segala benda yang jadi adalah dengan kehendak-NYA. Jangan sesekali lupa atau ada riak walaupun sedikit di hati.
Usaha, Doa, Tawakal,Redha.
No comments:
Post a Comment