Saturday 7 May 2011

RESEPI 10~Musim Semuanya Tentang Hati [sila baca dgn dahi berkerut kerut tahap maksima]

Assalamualaikum. Hai hensem boy and gorgerss girl!

Sekarang ni otak dan hati aku tengah serabut, bergelojak dan bernegative tahap sembilan puloh sembilan skala ritcher. Aku rasa kalau cukup seratus skala ritcher memang pecah laaaaaaaa. Cuba teka pasai apa.Pasai final exam dah nak dekat tapi aku ni pelajar yg "terlampau cemerlang" dan merasakan diri aku ni tak payah baca buku. Wak lu! Padahal susah hati tapi buku tak usik gak. Dugaan katil,bantal,selimut,laptop sangatt kuat. Apa nak jadi wehh. Orang lain dah nak g gombak, kau belom lepas lepas lagi. Takpa takpa, tinggai satu sem ja lagi. Sabar sabar. Itu la masalah hati bila exam dah nak dekat. Memang setiap kali pon berlaku macam tu...........

Aku nak tanya ni, korang semua yg hensem dan gogers ni penah tak rasa macam apa yg aku rasa: berdebar,rasa ketaq lutut, bepeluh peluh, seram sejuk bila bukak facebook atau blog seseorang tu? Aku selalu rasa macam tu kalau aku bukak mamat sorang ni punya blog dgn FB. Aku takda apa apa pon dgn dia. takda takda. Aku tak minat pon dia. Cuma aku ni kadang kadang meroyan apa ntah ada rasa macam tu. Memang la setiap apa yang dia nak buat dia akan bg tahu aku. Tapi kami kawan ja. Kalau jumpa depan depan aku tak rasa bedebor ka apa ka. Biasa ja. Zero feeling. Tapi tadi, time aku bukak fb dgn blog dia,sumpahh wehh aku rasa tak keruan gila gila. Kenapa? Kenapa? Kenapa??


Dah ah, malas nak layan hati aku yg entah apa apa ni. Ok, BYE.

Jangan risau,MR AN masih di hati. <3


No comments:

Post a Comment