Tuesday 26 April 2011

RESEPI 6~Monolog kekecewaan yang terlampau.

Assalamualaikum.

Aku dah deactivate facebook sebab rasa kecewa yang sangat terlampau. Lagipon final exam dah nak dekat...*tipu,bukan sebab exam*. Aku rasa tak berbaloi pon untuk rasa kecewa pasal tu, tapi aku dah tak dapat nak tahan perasaan aku sendiri. Bila aku bukak je Facebook,aku mesti nampak kau dan dia sedang bergembira, bergelak ketawa. Aku? Aku hanya mampu melihat je. Seperti biasa,aku ni bukan jenis yang suka berebut,lebih selesa mengalah dan redha. Short sem dah bagi banyak sangat pengajaran kat aku. banyak sangat. Mengajar aku banyak bersabar, tahan telinga dengan apa orang nak kata kat aku. Memang dari luarannya orang akan nampak aku bergelak ketawa macam biasa, tapi dalam hati,aku dan TUHAN je yang tahu. Tak pe lah. 

Aku selalu berfikiran positif tapi akhirnya negative jugak yang jadi. Jadi aku rasa aku dah macam penat untuk berfikiran positif. Memang la aku terlalu muda untuk putus asa, perkataan putus asa pon sepatutnya tak perlu ada dalam kamus hidup aku. Tapi,weh. fikirla,aku still manusia biasa,tak kuat mana pon.Aku dan kau lain.Kau layan aku macam ni, aku ni tetap perempuan tahu. Walaupon aku nampak keras macam lelaki, tapi kenyataannya aku PEREMPUAN. Hati aku tetap lembut.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau tu betul betul melukakan hati aku.Nyaris aku masih ada kesabaran dan keimanan yang senipis kulit bawang ni. Kalau aku nak cakap lebih pon aku ni kan cuma budak biasa yang sangat cetek ilmu agamanya, berbanding dengan kau. Kau kan "pious" sangat. 

Sekarang ni aku sangat sangat memerlukan family dan kawan kawan lama aku. Aku rasa dorang la yang paling memahami aku. Memang seksa bila berjauhan dari family dan rumah. Kalau dulu,time sekolah, even aku ada masalah pon semua aku boleh handle sendiri,salah satu sebabnya mungkin pemberi semangat aku dekat dgn aku. Tapi sekarang aku betul betul down. Hanya ada satu sebab je yang membuatkan aku bertahan sikittt je ni. Sebab mak dengan ayah aku. Sebab doranglah aku jadi lebih kuat dan bertahan. Aku lupakan benda benda yang tak berkaitan. Aku cuma nak dorang tahu yang aku kat sini gembira dan belajar dengan tenang tanpa banyak masalah. Itu aja. 

Moral of the story:
- Aku tetap perempuan. perlu dilayan seperti perempuan.
- Dunia ni bulat, kadang kadang kau akn berada di atas dan kadang kadang kau akan jatuh gedebuk ke lantai. Jadi,janganlah suka sangat kalau tengok orang lain jatuh. Jangan risau,satu hari nanti kau akan  rasa.Cuma masa je yang menentukan. Jangan lupa,TUHAN itu maha adil.

7 comments:

  1. fizaa...
    sedih je bunyi nye tu... :(
    sabar ye.. be strong girl...

    siape mulut longkang tu?
    sesuka hati je lukakan ati kau..
    meyh aku ketuk dia pkai tongkat.. ngeee..

    ReplyDelete
  2. erm,apa nak buat. orang dalam dunia ni lain lain.
    haha, kau tolong ketukkan untuk aku ya.... hahah

    ReplyDelete
  3. walauapaterjadi.. family ttp diutamakan..jgn sodih sodih

    ReplyDelete
  4. ya,betol tu.
    btw,thanx follow balik. :D

    ReplyDelete
  5. nah.. jawab exam ni..

    http://ayie-fikri.blogspot.com/2011/04/contest-semua-tentang-4.html

    ReplyDelete
  6. adui pjah! sabar laa.. jgn sedey3 aw! kami ada lau diperlukan la..

    be strong..sayg ko pjah! lau ak wat salah, ak un mntak maap

    ReplyDelete
  7. la.kau takda buat salah po dgn aku naimah. entry ni takda kena mengena pon dengan rakan rakan E31.
    luka aku pon dah nak sembuh dah.

    ReplyDelete