Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Monday, 11 July 2011

RESEPI 19~ Apa tujuan aku hidup?

Assalamualaikum reader(s). Aku sedih sekarang ni.

Semenjak aku masuk Univesiti Islam Antarabangsa ni, aku selalu terfikir apa tujuan aku masuk sini. Aku ambik course English, tapi aku tak teror pon benda ni. Setiap sem ada ja yang buat aku slack, buat aku tumbang. Aku selalu cakap kat mak aku yang rasanya aku tak sesuai langsung dgn kos ni. Bakat aku takda langsung dalam bidang ni. Nak suruh aku bagi speech kat depan kelas pon aku dah ketaq lutut, dah tak dapat tido satu malam. Kalau buat essay lagi la, grammarnya jangan cerita la. Bertaburan di atas lantai. HANCUR. Sampai lecturer drama aku cakap BE AWARE WITH YOUR GRAMMAR. Nasib baik dia bagi buat satu essay lain dan nasib baik bukan aku sorang ja yang teruk.Tapi dalam kelas grammar aku macam ok ja. Rasa seronok dalam kelas grammar.

Itu baru cerita core course, belum cerita pasal requirement course macam BMW dengan CCT. Lecturer BMW baik and nice la sebenarnya. Cuma expectation dia kat kitorang tinggi sangat. Mungkin dia nak ajar kitorang buat research dari sekarang so sampai main camp nanti takda la tergagor gagor nak buat research. Berapa kali keluar masuk bilik dia buat consultation sebab dia tak approve tajuk. Alhamdulillah,last last dia approve juga. Lecturer CCT lagi la baik. Muda dan berkarisma. ;). Aku cuma tak tahan dengan dua subjek ni masa time assignment. Mencabar sungguh. Baru buat introduction tajuk aku tetiba rasa macam LOST! Aku jadi macam HILANG. HILANG sampai aku tak tahu apa nak buat dgn diri aku ni. =_="

Kesimpulannya, sem ni adalah sem yang sangat mencabar mental dan fizikal. Aku terfikir juga, mungkin dugaan ni semua membuatkan aku lebih dekat kepada ALLAH. Kan ramai orang kata bila kita dalam kesusahan, semakin dekat kita dengan Allah. Yang penting sekarang ni ialah usaha dan doa mak and ayah aku. Restu dorang sangat penting dalam segala benda yang aku lakukan. USAHA TANGGA KEJAYAAN. 

STOP DOWN AND MOVE ON!

p/s: kalau aku diam tu maknanya aku tak bersedia untuk berkata kata. Aku pon manusia biasa yang ada masalah. :)

Tuesday, 26 April 2011

RESEPI 6~Monolog kekecewaan yang terlampau.

Assalamualaikum.

Aku dah deactivate facebook sebab rasa kecewa yang sangat terlampau. Lagipon final exam dah nak dekat...*tipu,bukan sebab exam*. Aku rasa tak berbaloi pon untuk rasa kecewa pasal tu, tapi aku dah tak dapat nak tahan perasaan aku sendiri. Bila aku bukak je Facebook,aku mesti nampak kau dan dia sedang bergembira, bergelak ketawa. Aku? Aku hanya mampu melihat je. Seperti biasa,aku ni bukan jenis yang suka berebut,lebih selesa mengalah dan redha. Short sem dah bagi banyak sangat pengajaran kat aku. banyak sangat. Mengajar aku banyak bersabar, tahan telinga dengan apa orang nak kata kat aku. Memang dari luarannya orang akan nampak aku bergelak ketawa macam biasa, tapi dalam hati,aku dan TUHAN je yang tahu. Tak pe lah. 

Aku selalu berfikiran positif tapi akhirnya negative jugak yang jadi. Jadi aku rasa aku dah macam penat untuk berfikiran positif. Memang la aku terlalu muda untuk putus asa, perkataan putus asa pon sepatutnya tak perlu ada dalam kamus hidup aku. Tapi,weh. fikirla,aku still manusia biasa,tak kuat mana pon.Aku dan kau lain.Kau layan aku macam ni, aku ni tetap perempuan tahu. Walaupon aku nampak keras macam lelaki, tapi kenyataannya aku PEREMPUAN. Hati aku tetap lembut.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau tu betul betul melukakan hati aku.Nyaris aku masih ada kesabaran dan keimanan yang senipis kulit bawang ni. Kalau aku nak cakap lebih pon aku ni kan cuma budak biasa yang sangat cetek ilmu agamanya, berbanding dengan kau. Kau kan "pious" sangat. 

Sekarang ni aku sangat sangat memerlukan family dan kawan kawan lama aku. Aku rasa dorang la yang paling memahami aku. Memang seksa bila berjauhan dari family dan rumah. Kalau dulu,time sekolah, even aku ada masalah pon semua aku boleh handle sendiri,salah satu sebabnya mungkin pemberi semangat aku dekat dgn aku. Tapi sekarang aku betul betul down. Hanya ada satu sebab je yang membuatkan aku bertahan sikittt je ni. Sebab mak dengan ayah aku. Sebab doranglah aku jadi lebih kuat dan bertahan. Aku lupakan benda benda yang tak berkaitan. Aku cuma nak dorang tahu yang aku kat sini gembira dan belajar dengan tenang tanpa banyak masalah. Itu aja. 

Moral of the story:
- Aku tetap perempuan. perlu dilayan seperti perempuan.
- Dunia ni bulat, kadang kadang kau akn berada di atas dan kadang kadang kau akan jatuh gedebuk ke lantai. Jadi,janganlah suka sangat kalau tengok orang lain jatuh. Jangan risau,satu hari nanti kau akan  rasa.Cuma masa je yang menentukan. Jangan lupa,TUHAN itu maha adil.