Showing posts with label cute. Show all posts
Showing posts with label cute. Show all posts

Friday, 29 April 2011

RESEPI 7~CONTEST SEMUA TENTANG 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Ewahh, macam nak bagi ceramah plak aku ni. OK, ini cuma quick,instant lagi cepat punya entry. Sila buat nada terkejut lagi suprise. TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Aku nak jawab ni;

CONTEST SEMUA TENTANG 4
Aku telah di tag oleh saudara blogger ayie


Setelah 10 hari aku terjebak dalam bidang blog  ni,maka aku pon teringin lah nak jawab benda benda ni semua kann. Sila bangga dengan aku sekarang. :D

SOALAN PERTAMA: 4 PERKARA DESCRIBE ABOUT MYSELF
  • baik
  • comel
  • penyayang
  • pemalas

SOALAN KEDUA: 4 NAMA MANJA KAMU
  • hafizah
  • fizah
  • pejah
  • ijah

SOALAN KETIGA: 4 PERKARA BAIK KAMU BUAT HARI INI
  • first time pegi kelas awal
  • tak mengutuk lecturer
  • pinjam novel english dari library
  • pegi masjid buat qiamulail

SOALAN KEEMPAT: 4 TEMPAT YANG NAK SANGAT PERGI
  • Sarawak
  • Paris
  • Mesir
  • Singapore

SOALAN KELIMA: 4 BENDA WAJIB BAWA KELUAR
  • duit (senang la nak shopping weh)
  • handphone (senang la peminat nak call aku)
  • kad pengenalan( nanti orang kata aku Indon plak)
  • Jam (masa itu emas)


SOALAN KEENAM: 4 PERKARA TERAKHIR KAMU BUAT SEBELUM JOIN KONTEST INI
  • turun tangga nak balik kelas
  • pegi kedai kerepek makcik belakang
  • beli tiket train ETS balik Ipoh
  • bukak blog sambil buat muka terkejut sebab kena tag

SOALAN KETUJUH: 4 ORANG PALING KAMU SAYANG DI DUNIA
  • Ibu dan Bapa
  • Keluarga dan sanak saudara tak kira yang jauh mahupun dekat
  • Roomate UIA
  • Rakan rakan Convent

SOALAN KELAPAN: 4 JENIS RAGAM MANUSIA KAMU JUMPA HARI INI
  • Bising dalam library
  • Tak beratur time bayar makanan
  • Tak mandi pegi kelas
  • Malas basuh baju

SOALAN KESEMBILAN: 4 MISI YANG KAMU PERLU CAPAI TAHUN INI
  • Dekan untuk semester 3
  • Graduate dari Asasi UIA
  • Ambik major Literature kat UIA Gombak
  • Dapat biasiswa MARA dan tak payah bayar balik

SOALAN KESEPULUH: 4 HABIT BURUK KAMU
  • Tido tak ingat dunia
  • Malas guna pencuci muka
  • Balas SMS lambat
  • Boros

SOALAN KESEBELAS: 4 PERKARA YANG KAMU FOBIA
  • Tengok pembedahan mata
  • Couple
  • Pegi Biro Tata Negara(BTN)
  • Facebook

SOALAN KEDUA BELAS: 4 SEBAB JOIN CONTEST INI
  • Saja suka suka
  • Tak tahu nak tulis entry apa
  • BRO AYIE yang tag
  • Sempena 10 hari menyertai bidang blogger.


Sila ucap TAHNIAH kat aku sebab dah berjaya jawab semua soalan. (Walaupon jawapan soalan pertama itu bohong belaka.) Ni aku nak tag kat manusia manusia ni plak: (aku tak kira,kalau korang nak jawab ke tak, yang pasti WAJIB jawab)
syaza
shida
wani
addazakaria
naimah

Pesanan penulis yg cute: untuk maklumat lanjut berkaitan kontes ini anda boleh pergi ke SINI.







Monday, 18 April 2011

RESEPI 2~DULU LAIN,SEKARANG LAIN. MASA YG MENGUBAHNYA [entry sedih]

ASSALAMUALAIKUM. [sila sediakan tisu sebelum membaca entry ini]

hye gedik boys and gentle girl sekalian. 
tiba tiba aku rasa macam nak cerita satu kisah sedih kat sini. 
post ni lagi best dibaca jika anda semua sdg mendengar lagu Bila Cinta. alaaaaaa,ost cerita budak setan tu..

SEDIHNYEWWW

aku sebenarnya rasa sgt sedih bila ini yg terjadi kat aku.
bila rasa diri dipermainkan, tak diendahkan,disisihkan,dipinggarkan. semua orang pon macam pandang sinis kat aku. bayangkan, time aku nak p makan pon semua orang akan pandang aku macam aku ni alien baru turun dari planet pluto! tolonglah,aku tahu aku ni popular..  awwww
biasalah kalau kadang kadang kita akan rasa down dan nak putus asa. well, 
putus asa itu tak baik,tapi itulah yg aku rasakan sekarang. SABOR JE LA

sebenarnya. aku macam ni dulu....  sebijik macam ni.. takda beza langsung.. walau sebesar zarah pon.memang takda beza. "there are no differences between us." bak kata pepatah bahasa tamil purba.





OH L.J
tapi selepas aku berjaya melakukan pembedahan getah. maka ini yg terjadi. rasanya lebih comel dan cute.. awwwww. tiada lagi orang yg memandang sinis terhadap aku bila aku turun p beli makanan kat kedai makcik atau warung yg sewaktu dgnnya. inilah aku yg sekarang . :P

lebih comel kan?

kesimpulannya entry ni mengisahkan yg muka aku ni hampir sama dgn LJ. TEEEEEETTTTT!

sory,entry ini berbaur KEPERASANAN yg tinggi. what to do, this is my blog. :P 
lain kali aku janji akan tulis entry yg lebih serius. :) ok,bye







RESEPI 1~ini entry bahaya.sila sediakan besen atau plastic tesco

ASSALAMUALAIKUM.
*sila gunakan intonasi gedik ketika membaca blog saya*

HAIIIIII!!! 
ini blog ke- 100 saya. sempena blog yg ke 100 ni saya berhasrat untuk menghupdatenya berulangkali. ini semua gara gara kebosanan di semester 3 di tempat saya belajar.*malas nak heboh kat mana sy belajar*.
orang lain dah beratus juta kali post kat blog. tapi saya baru nak mula. tapi ini blog yg ke-100!!!! btw, acc google yg lama dah gila,tak boleh nak follow blog org. GRRR

ok,kesimpulannya, *DATANG DATANG LAGI*

rajin rajin tekan butang follow. winkk

p/s: entry seterusnya mungkin akan menggunakan aku.