Assalamualaikum.
Hai semuaaa. Setelah di perhatikan. Hampir setahun aku tak update blog. Say WHATTT?!! SETAHUN YALLSSS!! Update last aku pun pasal aku masuk Main Campus UIA kat gombak ni. And now aku dah masuk tahun kedua dah. So mungkin update aku selepas ni, mungkin selepas setahun jugak. MUNGKIN. Siapa tahu. So, kali ni aku nak update pasal apaa. errr. Pasal KAHWIN. Boleh? Boleh? HAHA
Jadi hari ni aku pun berjalan jalan dengan rakan rakan dan taulan ke kinokuniya untuk membelanjakan baucar buku. Makanya untuk cukupkan RM50 tu, cari la buku. Cari punya cari, terjumpa buku Hilal Acap pasal "Sebelum Aku Bernikah". Aku tak beli buku ni. Memang dah terdetik untuk beli. Memang ada. Tapi aku macam fikir lahhh. Kalau mak aku nampak aku beli buku ni dia mungkin akan fikir aku dah menggatal nak kahwin. Aku fikir lagii.. Baik aku beli buku yang boleh dekatkan diri dengan Tuhan, dari aku beli buku untuk kahwin apa semua tu. Well, aku baru 21. Errr. belum lagi ekceli. Jadi, pada pandangan aku la, aku ni haruslah mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar mendekatkan diri dengan-Nya sebelum aku duk baca buku bagaimana menjadi isteri solehah atau bla bla bla yang berkaitan dengan kahwin kahwin. Yes, betul, tak salah untuk baca. Tapi aku tak tahu kenapa kenapa aku rasa hesitate sangat untuk baca atau beli buku yang ada kaitan dengan rumah tangga ni. I dont know why. Until now. Bukan apa, kalau kita tak betul betul rapat dengan Allah, macam mana nak bina masjid. Kalau aku dapat suami yang berakhlak dan boleh membimbing aku takpa, tapi kalau aku dapat suami yang lebih kurang sama je perangai macam aku, atau lagi rendah adab mahu akhlak nya dari aku macam mana? macam mana? Nauzubillah. tu sebab la kalau kahwin, kena ready dulu, mental fizikal. I know, semua orang pun tahu kenyataan ni. Happy ever after never exist yaww.
Aku penah cakap kat kawan aku, sekarang ni kalau mak dan ayah aku suruh aku kahwin pun aku taknak. Serius aku taknak. Aku tak bersedia langsung. Rasa jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat. Sebagai contoh la kann. Aku memang tak reti betul nak pujuk orang merajuk atau nak layan rajuk orang. Aku akan biar je dia sampai dia baik sendiri. Memang aku takda masa la nak pujuk. Sorry to say. Bila aku dah minta maaf lepas tu dia buat tak layan, memang aku diam. Aku diam. Siapa yang kenal aku dekat real life, dia akan tahu betapa tak matangnya aku. Well, tak matang dengan tak matang, kalau kawin apa jadi? Apa jadi? Dan ada kawan aku suggest kan aku untuk cari lelaki tua. Oh no no no. Bagi aku kalau tua pun, biarlah lebih kurang 5 tahun je tua dari aku? Hah 5 tahun? Maknanya awak dah 26 tahun dah la. Ohhh. susah susahhh.
Aku macam banyak main lagi. Even dah umur menjangkau 20 an. Muda lagi kan kan? Tapi tak pernah muda untuk mati kan kan? Memang sejak kebelakangan ni aku bukak facebook, memang ramai kawan kawan aku yang dah nak menikah, dah betunang, dah ada anak dan sebagainya. Bagus, memang bagus. Aku salute dan congratulate kat diorang ni. Yang dah mampu dan matang untuk memikul tanggungjawab. Aku sekarang ni nak ada hubungan serius dengan laki pun jauh sekali. Semuanya berunsurkan main main. Ceh, tak matang langsung. Sampai bila aku nak main main pun aku tak tahu. Memang betul, bila tengok kawan kawan yang lain dah ada pasangan, tu rasa FOREVERALONE tu memang ada. Memang ada, tipu kalau takda. Terfikir gak kan, ish takda siapa ke nak megorat aku. Tapi lek lu. Belum lagi. haha. Just, at least aku tak beri atau meletakkan harapan kepada sesiapa. Macam tu lebih baik, dari aku mengharapkan atau memberikan sesuatu yang tak pasti kan. Tapi tipu la kann kalau aku kata aku tak da minat mana mana laki kan. Tu macam dah lain macam je kan kalau tak penah ada admire sesapa. haha
Yang penting, belajar (dekatkan diri dengan Allah), graduate (dekatkan diri dengan Allah), kerja (dekatkan diri dengan Allah), enjoy (dekatkan diri dengan Allah), last sekali barulah menikah ye dak? barulah till jannah gitu kannn. Jangan lupa dekatkan diri dengan Allah, barulah happy ever after tu wujud ye tak? ;)
*gabungan cerita untuk setahun maybe?
**Ada kena mengena dengan orang hidup sahaja ni.
***betul, betul, dulu aku penah meroyan sebab cinta.
Hihi tetiba rasa post ni mcm peringatan utk diri aku ni jugak :' ) yup apa2pun kene belajar cara mendekatkan diri d3ngan Allah dan pastikan hubungan kita dgn Allah tu lebih kuat barulah rasa bersedia nk move on dgn benda lain. Thanks pijah for this inspirational post :')
ReplyDeleteSalam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
ReplyDeletevector art, tudung bawal untuk dimenangi..
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html