Monday, 17 October 2011

RESEPI 24~ FriendSter Vs Human Science (FS VS HS)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca. Semoga hidup anda dilimpahkan rahmat olehNYA. Bersyukurlah anda kerana masih hidup di muka bumi ini.

Dah, ucapan skema. Bertukar kepada yang asal!

Ok, hari ni aku nak cerita pasal FS. Ops, FS tu bukan FriendSter tapi nama kawan aku laaa FS, yg HS tu bukan Human Science, tapi Hafizah Suaid. zzzzzz . Ok, sebab hari tu dia ada buat entry pasal aku, so hari ni aku nak buat entry serangan balas la balik kannnn. HARHARHAR . Kalau nak tengok entry yg dia kutuk aku tu, boleh tengok kat sini.

Ok, FS! dengar ni apa aku nak tulis pasal kau. HARHARHAR *gelak jahat

  - Aku start kenal mamat ni masa short sem ahh. Satu kelas FIM. Lawak gila, masa 1st ke 2nd class FIM dia dah kena buat tazkirah, aku bet yg dia ni tak prepare apa apa pon untuk cakap kat depan. Tapi dia cool ja, terus cakap kat depan pasai topik apa ntah, aku lupaa. haha

- Then, dia add aku kat facebook and kitorang sembang sembang blablablabla. Aku dapat tahu dia budak Kampar. Dekat je ah dgn rumah aku dohhh. Hampir sekampung kita yeee. Cewahh. haha

- Dia ni la satu satunya lelaki yang aku rasa asyik nak balik rumah (yang aku kenal). Kalau boleh tiap tiap minggu nak balik rumah. Dia ni marah gila kalau lecturer nak buat kelas ganti Jumaat petang. Ya la, supposedly kitorang Jumaat petang takda kelas dah kannn. Tapi tak pela, duit dia kan, suka hati dia la nak balik ke tak. Aku faham perasaan tu, sebab aku pon suka balik rumah. :) Sebab rumahku kan syurgaku.

- Dia ni tak kedekut. Haritu time aku keluar dgn dia dgn farahin, p JJ, dia siap belanja semuaaa. Awww, aku suka tu. Aku memang suka berkawan dengan orang yang tak kedekut. Wayang, bowling, big apple, minum, semua belanja. I like, i like.  Aku plan ah, nnt aku nak belanja dia pulak. Tapi itu nanti la FS, chillex lu. hahah

- Dia ni memang anak mak. Bagi aku lelaki anak mak cool jugak kadang kadang. Sebab ok apa dia tak ketepikan mak dia yg dah besarkan dia. Kira ok lah tuuu.

Dah tu je ah, kang ada orang jeles pulak aku tulis panjang panjang pasai kau ni FS. haha. Nanti aku masuk Gombak kita date ok. awwww. zzzzz


Bagi aku, nak berkawan dengan berlainan jantina tak salah, yang penting kau punya hati tu kena ikhlas beb. Jangan campurkan perasaan love lova dalam persahabatan, tak cool okeh. So, jangan lah salah anggap kalau aku kawan dengan lelaki ni aku nak couple ka, aku nak menggatal ka apa ka. Aku jenis yang tak akan ada perasaan dengan lelaki yang aku dah guna haku hengkau dgn dia. WAHAHAHAHAH, *kemain kau fizah.


Gambar FS yg paling aku suka. :)


 Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta.  - Hamka

No comments:

Post a Comment