Friday 24 June 2011

RESEPI 18~ "Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung"& Betulkah Nasib Itu Tiada?"

Assalamualaikum semua lelaki gagah serta perempuan yang lemah lembut serta baik budi pekertinya. Ehem.

Tajuk entry aku kali ni nampak macam menarik(sebenarnya ni tajuk ceramah yang aku hadiri masa malam khamis). Tajuk dia macam best, tapi agak membosankan, terus terang aku kata yang ceramah yang dihadiri macam remaja yang "macam" aku yang lain "macam" ni tak sepatutnya di adakan terlalu formal. Tajuk dah sedap la kannn, kalau tak macam mana aku tertarik nak pegi kann. Rata rata yang hadir semuanya yang bertudung labuh*biasa la kan, majlis macam ni,susah la remaja macam aku ni nak hadir*. Tak pe la,ada juga budak budak Murni Nursing College yang menghadirkan diri,*aku rasa dorang wajib hadir agaknyaaaaa.* Jadi, sedikit sebanyak malam tu ada la juga input yang aku dapat antaranya ;


  1. Jangan terlalu memilih ketika memilih calon isteri/suami. Semua orang tak perfect kata ustaz tu.
  2. Restu Ibu Bapa serta kaum keluarga amat penting ya kawan kawan semua
  3. Of course lah dia cakap pasal couple itu HARAM.
  4.  DANN DANN panel tu kata lah kann, umur 20 dah kira umur yang best untuk berkahwin. HOHOHO
  5. Aku main game SIMS untuk hilang rasa mengantuk dan keluar awal sebab takut gate tutup pukul 10.
Itu untuk program Bila baju melayu bertemu baju kurung, sebelum event tu, aku ada hadiri satu lagi event iaitu Take Charge.

Take Charge ni dia macam pasal nak naikkan semangat, macam mana nak berubah dengan pantas dan cara membuat pilihan yang tepat. Program ni best, tapi satu benda aku still wondering pasal ni :

  •  Speaker ni ada cakap pasal "Sebenarnya nasib tidak pernah wujud dalam hidup kita?''
Pada pendapat aku yang masih berhingus dan ayah aku yang still bayarkan broadband ni la kann, aku percaya yang nasib itu ada, sebab bukan semua orang akan bertuah dalam dunia ni. Ada yang dilahirkan kaya,miskin, papa kedana dan macam macam lagi. Itu pendapat aku la. Tapi talk ni memang best betoooolll laaa. bestt woo. Tapi satu yang kita semua, kau-aku-dia-dan-mereka wajib ingat :
"NEVER BLAME FATE; BECAUSE FATE IS COME FROM ALLAH SWT" 
 P/S: takdir dan nasib adalah perkara yang berbeza, berhentilah menyalahkan takdir kerana menyalahkan takdir adalah sama seperti menyalahkan TUHAN

No comments:

Post a Comment