Assalamualaikum.
Hai semuaaa. Setelah di perhatikan. Hampir setahun aku tak update blog. Say WHATTT?!! SETAHUN YALLSSS!! Update last aku pun pasal aku masuk Main Campus UIA kat gombak ni. And now aku dah masuk tahun kedua dah. So mungkin update aku selepas ni, mungkin selepas setahun jugak. MUNGKIN. Siapa tahu. So, kali ni aku nak update pasal apaa. errr. Pasal KAHWIN. Boleh? Boleh? HAHA
Jadi hari ni aku pun berjalan jalan dengan rakan rakan dan taulan ke kinokuniya untuk membelanjakan baucar buku. Makanya untuk cukupkan RM50 tu, cari la buku. Cari punya cari, terjumpa buku Hilal Acap pasal "Sebelum Aku Bernikah". Aku tak beli buku ni. Memang dah terdetik untuk beli. Memang ada. Tapi aku macam fikir lahhh. Kalau mak aku nampak aku beli buku ni dia mungkin akan fikir aku dah menggatal nak kahwin. Aku fikir lagii.. Baik aku beli buku yang boleh dekatkan diri dengan Tuhan, dari aku beli buku untuk kahwin apa semua tu. Well, aku baru 21. Errr. belum lagi ekceli. Jadi, pada pandangan aku la, aku ni haruslah mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar mendekatkan diri dengan-Nya sebelum aku duk baca buku bagaimana menjadi isteri solehah atau bla bla bla yang berkaitan dengan kahwin kahwin. Yes, betul, tak salah untuk baca. Tapi aku tak tahu kenapa kenapa aku rasa hesitate sangat untuk baca atau beli buku yang ada kaitan dengan rumah tangga ni. I dont know why. Until now. Bukan apa, kalau kita tak betul betul rapat dengan Allah, macam mana nak bina masjid. Kalau aku dapat suami yang berakhlak dan boleh membimbing aku takpa, tapi kalau aku dapat suami yang lebih kurang sama je perangai macam aku, atau lagi rendah adab mahu akhlak nya dari aku macam mana? macam mana? Nauzubillah. tu sebab la kalau kahwin, kena ready dulu, mental fizikal. I know, semua orang pun tahu kenyataan ni. Happy ever after never exist yaww.
Aku penah cakap kat kawan aku, sekarang ni kalau mak dan ayah aku suruh aku kahwin pun aku taknak. Serius aku taknak. Aku tak bersedia langsung. Rasa jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat. Sebagai contoh la kann. Aku memang tak reti betul nak pujuk orang merajuk atau nak layan rajuk orang. Aku akan biar je dia sampai dia baik sendiri. Memang aku takda masa la nak pujuk. Sorry to say. Bila aku dah minta maaf lepas tu dia buat tak layan, memang aku diam. Aku diam. Siapa yang kenal aku dekat real life, dia akan tahu betapa tak matangnya aku. Well, tak matang dengan tak matang, kalau kawin apa jadi? Apa jadi? Dan ada kawan aku suggest kan aku untuk cari lelaki tua. Oh no no no. Bagi aku kalau tua pun, biarlah lebih kurang 5 tahun je tua dari aku? Hah 5 tahun? Maknanya awak dah 26 tahun dah la. Ohhh. susah susahhh.
Aku macam banyak main lagi. Even dah umur menjangkau 20 an. Muda lagi kan kan? Tapi tak pernah muda untuk mati kan kan? Memang sejak kebelakangan ni aku bukak facebook, memang ramai kawan kawan aku yang dah nak menikah, dah betunang, dah ada anak dan sebagainya. Bagus, memang bagus. Aku salute dan congratulate kat diorang ni. Yang dah mampu dan matang untuk memikul tanggungjawab. Aku sekarang ni nak ada hubungan serius dengan laki pun jauh sekali. Semuanya berunsurkan main main. Ceh, tak matang langsung. Sampai bila aku nak main main pun aku tak tahu. Memang betul, bila tengok kawan kawan yang lain dah ada pasangan, tu rasa FOREVERALONE tu memang ada. Memang ada, tipu kalau takda. Terfikir gak kan, ish takda siapa ke nak megorat aku. Tapi lek lu. Belum lagi. haha. Just, at least aku tak beri atau meletakkan harapan kepada sesiapa. Macam tu lebih baik, dari aku mengharapkan atau memberikan sesuatu yang tak pasti kan. Tapi tipu la kann kalau aku kata aku tak da minat mana mana laki kan. Tu macam dah lain macam je kan kalau tak penah ada admire sesapa. haha
Yang penting, belajar (dekatkan diri dengan Allah), graduate (dekatkan diri dengan Allah), kerja (dekatkan diri dengan Allah), enjoy (dekatkan diri dengan Allah), last sekali barulah menikah ye dak? barulah till jannah gitu kannn. Jangan lupa dekatkan diri dengan Allah, barulah happy ever after tu wujud ye tak? ;)
*gabungan cerita untuk setahun maybe?
**Ada kena mengena dengan orang hidup sahaja ni.
***betul, betul, dulu aku penah meroyan sebab cinta.
Thursday, 14 February 2013
Monday, 6 February 2012
Resepi 32~ Minggu Ta'aruf di Taman Ilmu dan Budi. Heeee
Assalamualaikum.
Itu beberapa gambar taaruf week yang setengah diambil dari wani dan setengah dari aku. Sekarang aku nak tunjuk (ceh suka menunjuk) gambar bilik aku pulak. heee. Aku duduk safiyyah, satu bilik ada 8 orang dan satu compartment ada dua orang.
Aku dah kemas dan sapu compartment aku ni tadi. Harap teman secompartment aku berpuas hati. "Hai, teman secompartment, nama saya Hafizah Suaid. Nama anda?" *practice untuk esok. hehehe
Hari ni genap seminggu aku sebagai pelajar UIA/IIUM. Bukan lagi di The Gate of Garden, Knowledge and Virtue, tapi dah berjaya melepasi gate itu dan sekarang ini dah pon jadi pelajar The Garden of Knowledge and Virtue. Heeee
Nak kata perasaan tu, aku gembira la. Mahunya tak gembira. Banyak ohh cabaran nak lepas Gate tu dulu. Tapi aku percaya bila dah lepas gate ni lagi banyak la cabarannya. Takpa,segalanya pon hadap dengan tenang je la. Lagi namanya degree,cabaran lebih la skit. Heeee
So, bila dah jadi pelajar UIAM ni, mesti la ada seminggu minggu taaruf tu kan. Hmmm, nak cakap pasai minggu taaruf memang sweet la kan. Dapat jumpa kawan lama. Dapat jumpa kawan sekolah jugak, dapat jumpa kawan cfs dulu dan dapat jumpa kawan baru. *dapat jumpa abang senior taaruf yang hensem jugak. heee
Macam macam aktiviti ada lah. Paling banyak mesti ah briefing kan. UIA ni memang kaya dengan talk serta briefing ni. Taaruf UIA ni bukan macam minggu orentasi U lain. UIA ni buli budak secara senyap. Bagi aku briefing tu membuli secara senyap apa. Paksa duduk dalam dewan berejam rejam. HAHA. Qiamulail dan beriktikaf di masjid ada. Explorace ada. Tapi senior taaruf ok. Tak sombong. Tak kerek macam kat cfs dulu. Heeee
Tak guna bebel banyak. Mari tengok gambar je la.
Hari 1st taaruf. Aku homesick lagi time ni |
Harini hari kedua. Semua mata bengkak sebab tak cukup zzzz |
Hari ketiga. Semua janji nak pakai polka dot. heee |
Culturer night. Yang ni aku tak ngantuk. hehe |
Zapin cool, tapi biasala. Mana boleh perempuan UIA ni masuk zapin. heee |
Ada motif taw aku letak gambar ni.HAHA |
Hari last taaruf week, dengan mereka sambil minum air mangga dan roti ikan bilis |
Maka, taaruf week pon berakhir. Gonna miss you taaruf week and abang omei too <3 |
Itu beberapa gambar taaruf week yang setengah diambil dari wani dan setengah dari aku. Sekarang aku nak tunjuk (ceh suka menunjuk) gambar bilik aku pulak. heee. Aku duduk safiyyah, satu bilik ada 8 orang dan satu compartment ada dua orang.
Ni meja study yang baru. Dah lengkap balut semua. heee |
Dan ini katil yang dengan cadar yang baru. *nampak perempuan skit. haha |
Aku dah kemas dan sapu compartment aku ni tadi. Harap teman secompartment aku berpuas hati. "Hai, teman secompartment, nama saya Hafizah Suaid. Nama anda?" *practice untuk esok. hehehe
Esok, Wangsa Walk.
Selamat malam. Ok bai. zzzzzz
Saturday, 28 January 2012
RESEPI 31~ Tawaran ke Taman Ilmu Dan Budi
Assalamualaikum.
Kelas agak sibuk, tapi ok lah ni. InsyaAllah,semuanya berjalan lancar. Keyakinan pada diri perlu ada.
Selamat malam.
Bagi yang mendaftar 31 januari ni. Kita sudah kembali ke medan perang dan selamat berjaya semua. :)
Maka sesi menyusun jadul dan pre reg subjek pon bermula. |
Kelas agak sibuk, tapi ok lah ni. InsyaAllah,semuanya berjalan lancar. Keyakinan pada diri perlu ada.
Selamat malam.
Bagi yang mendaftar 31 januari ni. Kita sudah kembali ke medan perang dan selamat berjaya semua. :)
Saturday, 7 January 2012
RESEPI 30- Terima Kasih Ya Allah
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semalam result final exam CFSIIUM SEM 2 2011/2012 telah pun di umumkan. Syukur ke hadrat Illahi kerana Dia telah memakbulkan permintaan kami. Bersyukur kerana tiada perkataan repeat atau resit dalam result slip aku. Dengan ini, secara rasminya aku telah pun bersara dari CFS dan akan memulakan kembali perlumbaan dengan CGPA kira kira kurang satu bulan sahaja lagi.
Pengakhiran di CFS ini hanyalah satu permualaan untuk aku dan kawan kawan aku meneruskan perjuangan di main campus. Selepas ini, banyak benda yang lebih mencabar yang perlu di lakukan. Maklumlah, meruskan peringkat Ijazah tidak semudah di CFS. Usaha juga perlu lah lebih. Hiburan juga perlu dikurangkan. ohh mai.
Tidak apa, itu adalah harga pengorbanan untuk mendapat segulung ijazah. I guess so. ..........
Jadi,Insyaallah aku akan daftar ke Gombak pada 31 January 2012. Dapat bertemu kembali dengan rakan rakan yang aku rindui. Sudah pasti dengan environment yang berbeza. Bergaul dengan mereka yang lebih power. Aku harap aku baik sahaja di sana.
p/s: Kejayaan kadang kala menjadi ujian juga kepada kita. Segala benda yang jadi adalah dengan kehendak-NYA. Jangan sesekali lupa atau ada riak walaupun sedikit di hati.
Usaha, Doa, Tawakal,Redha.
Alhamdulillah, semalam result final exam CFSIIUM SEM 2 2011/2012 telah pun di umumkan. Syukur ke hadrat Illahi kerana Dia telah memakbulkan permintaan kami. Bersyukur kerana tiada perkataan repeat atau resit dalam result slip aku. Dengan ini, secara rasminya aku telah pun bersara dari CFS dan akan memulakan kembali perlumbaan dengan CGPA kira kira kurang satu bulan sahaja lagi.
Pengakhiran di CFS ini hanyalah satu permualaan untuk aku dan kawan kawan aku meneruskan perjuangan di main campus. Selepas ini, banyak benda yang lebih mencabar yang perlu di lakukan. Maklumlah, meruskan peringkat Ijazah tidak semudah di CFS. Usaha juga perlu lah lebih. Hiburan juga perlu dikurangkan.
Tidak apa, itu adalah harga pengorbanan untuk mendapat segulung ijazah. I guess so. ..........
Jadi,Insyaallah aku akan daftar ke Gombak pada 31 January 2012. Dapat bertemu kembali dengan rakan rakan yang aku rindui. Sudah pasti dengan environment yang berbeza. Bergaul dengan mereka yang lebih power. Aku harap aku baik sahaja di sana.
p/s: Kejayaan kadang kala menjadi ujian juga kepada kita. Segala benda yang jadi adalah dengan kehendak-NYA. Jangan sesekali lupa atau ada riak walaupun sedikit di hati.
Usaha, Doa, Tawakal,Redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)